Pelaburan bijak, ganjaran lumayan

Gaya hidup kita bersifat dinamik, berubah seiring dengan langkah kita dalam memenuhi keinginan dan merealisasikan impian. Anda mungkin ingin memiliki restoran; mengembara ke seluruh dunia; atau memulakan perniagaan baru, Triple Growth, komitmen jangka pendek akan membantu menambahkan nilai simpanan anda dengan memaksimakan pulangan tahunan.

Manfaat yang anda nikmati

Manfaat yang anda nikmati:

Terma Pembayaran Premium yang Singkat
Sertai tempoh pembayaran premium yang singkat untuk hanya 6 tahun bagi meningkatkan simpanan anda dan memaksimakan pulangan sambil menikmati manfaat berterusan sepanjang tempoh penyertaan selama 20 tahun.

Pembayaran Tunai Interim Dijamin
Nikmati sehingga 9% daripada jumlah asas yang diinsuranskan bermula pada akhir tahun pertama polisi. Di akhir tempoh polisi, anda boleh menerima Pembayaran Tunai Interim Dijamin berjumlah sehingga 126% daripada jumlah asas yang diinsuranskan. Anda boleh memilih untuk meminta bayaran tunai dibayar kepada anda atau mengumpulkan bayaran tunai tersebut untuk kegunaan di masa hadapan.

Perlindungan Insurans
Jumlah asas yang diinsuranskan, bonus dan Pembayaran Tunai Interim Dijamin terkumpul dan sebarang tunggakan (jika ada) akan dibayar sekaligus sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK).

Manfaat Matang
Anda akan dibayar jumlah asas yang diinsuranskan berserta bonus dan Pembayaran Tunai Interim Dijamin (jika ada) sekaligus apabila polisi anda matang.

Kelayakan

Kehidupan diisuransikan

Usia 14 hari hingga 60 tahun

Pemegang Polisi

Usia minimum 19 tahun dan tiada usia maksimum

Hubungi Saya

Anda Mungkin Juga Berminat:

Takaful Kenderaan Persendirian Komprehensif

Memandu kenderaan di jalan raya tanpa kerisauan.

i-DoubleSecure

Gandakan perlindungan buat diri anda dan keluarga.

Empunya Rumah / Isi Rumah Takaful

Lindungi rumah anda, luaran dan dalaman, dengan satu pelan Takaful.

Insurans Kenderaan Persendirian Komprehensif

Kembali memandu tanpa kesulitan.