Kerjaya di Etiqa

Teruskan Meningkat dan Berkembang

Kami sentiasa mencari individu-individu bermotivasi tinggi yang mementingkan hasil dan sentiasa mengambil inisiatif, mempunyai keperibadian yang baik, boleh berkomunikasi dengan baik, dan sentiasa bersedia berkhidmat untuk pelanggan kami dengan penuh komitmen dan kualiti.

Di Etiqa, kami percaya di dalam mengembangkan potensi pekerja kami di dalam mencapai kecemerlangan. Mari mengambil peluang anda dan bina kerjaya anda bersama kami.


Manfaat

Kami sentiasa mengkaji pakej imbuhan kepada pekerja bagi memastikan daya saing dengan pasaran terkini. Kami mempunyai pelbagai landasan untuk meningkatkan kemahiran, prestasi, peningkatan kerjaya dan kami memberkan pengiktirafan kepada pekerja kami yang cemerlang.

Anda akan mendapat peluang untuk memberikan impak kepada masyarakat serantau dengan pelan pengembangan kami di rantau ini. Ketika ini kami juga berada di pasaran Singapura.

E-mel kepada kami di humancapital@etiqa.com.my