Sekiranya pembayaran tidak boleh dikreditkan ke dalam akaun bank anda disebabkan oleh no. akaun bank yang salah, akaun bank yang telah ditutup, akaun tidak aktif atau no. Kad Pengenalan tidak sepadan dengan rekod bank, pembayaran akan dilakukan melalui cek.
Walau bagaimanapun, ini akan melambatkan proses pembayaran. Untuk mengelakkan perkara tersebut, sila pastikan maklumat akaun bank anda adalah betul dan akaun tersebut masih aktif apabila memberi maklumat itu kepada Etiqa.
Sila pastikan, nama dan no. Kad Pengenalan yang diberikan kepada kami adalah sama seperti yang digunakan untuk membuka akaun bank anda.