Ditubuhkan pada Julai 2009, Akademi Etiqa terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, di lokasi strategik yang mudah di akses oleh pengangkutan awam seperi teksi, bas dan juga LRT.
Akademi Etiqa dilengkapi dengan kemudahan moden untuk keperluan latihan dan pembelajaran yang diperlukan oleh tenaga agensi kami, di antaranya dewan serbaguna, dewan ceramah, makmal komputer dan pusat sumber.
Barisan profesional yang berkelayakan tinggi dan berdedikasi akan memastikan ejen-ejen menerima latihan berstruktur apabila mereka menyertai Etiqa Insurance & Takaful.
Program Continuing Professional Development (CPD) adalah syarat mandatori yang wajib diikuti oleh semua ejen Insurans dan Takaful.
CPD akan menjadi panduan kepada tenaga agensi untuk memilih program-program latihan yang perlu dihadiri agar mereka sentiasa mengikuti perkembangan dan permintaan terkini industri kewangan.