Jumlah asas yang dilindungi berserta nilai dana terkumpul (jika ada) akan dibayar sekaligus sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK).
Anda akan dibayar jumlah nilai dana terkumpul (jika ada) sekaligus apabila sijil anda matang.
Ganjaran sebanyak 6% daripada nilai dana atau 3% daripada sumbangan tahunan asal (mana yang terendah) akan diberikan kepada anda pada hujung tahun sijil ke-5, ke-10 dan ke-15 sekiranya anda mengekalkan pelan dan membayar sumbangan tepat pada masanya.
Anda boleh membuat pengeluaran daripada nilai dana anda pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum RM500 pada setiap pengeluaran dengan baki nilai dana sekurang-kurangnya RM1,000 tanpa sebarang caj tambahan.
Maksimakan potensi pelaburan dengan deposit tambahan yang boleh dibuat melalui kemudahan tambah nilai pelaburan pada bila-bila masa.
Anda boleh memilih untuk mengubah jumlah yang dilindungi atau sumbangan tetap anda pada ulangtahun sijil. Lengkapkan perlindungan anda dengan pelbagai pilihan rider mengikut keperluan anda pada peringkat kehidupan yang berbeza.
Elite Takafulink datang dengan rider-rider berikut:
Usia 14 hari hingga 65 tahun
Usia minimum 17 tahun dan tiada usia maksimum
Gandakan perlindungan buat diri anda dan keluarga.
Sesetengah perkara lebih baik dimulakan dalam usia muda
Lindungi rumah anda, luaran dan dalaman, dengan satu pelan Takaful.
Kembali memandu tanpa kesulitan.