Oneline:1-300-13-8888
Auto Assist:1-800-88-6491
Claims:1-300-88-1007
English | Bahasa Malaysia
Oneline:1-300-13-8888
Auto Assist:1-800-88-6491
Claims:1-300-88-1007
10% rebat terus
Perbaharui Sekarang
Soalan lazim
Kami sentiasa di sini untuk menjawab segala soalan anda

  • Apa yang harus saya lakukan sekiranya terlibat dalam kemalangan?

  • Adalah penting untuk anda membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam.
  • Hubungi wakil atau cawangan Etiqa terdekat.
  • Hubungi panel bengkel Etiqa yang sah.
  • Hubungi 1-300-88-1007 untuk menyemak proses atau status tuntutan.

  • Apakah itu Ekses?

Ekses adalah amaun pertama yang anda terpaksa tanggung sendiri bagi setiap tuntutan yang kami luluskan, walaupun kejadian itu bukan disebabkan oleh anda. Kebiasaannya, jumlah ekses adalah tetap ataupun di dalam bentuk peratusan daripada amaun tuntutan. Ini tertakhluk kepada terma sijil anda. Secara umum, amaun ekses yang lebih tinggi akan menyebabkan jumlah sumbangan menjadi lebih rendah, dan sebaliknya.

*Kos Pengangkutan ditanggung oleh anda.

  • Apakah perbezaan diantara ekses sijil (ekses sukarela) dan ekses (ekses wajib)?

Ekses sukarela merujuk kepada amaun ekses yang tertulis di dalam sijil anda, dan tertakhluk kepada setiap tuntutan yang dibuat. Ekses wajib pula merujuk kepada amaun ekses tambahan yang anda (sebagai pemegang sijil) harus bayar pada waktu tuntutan; bergantung kepada keadaan tertentu pemandu sah pada waktu kejadian.

Ekses wajib tertakhluk kepada pemandu sepert berikuti:

  1. Berumur bawah 21 tahun
  2. Pemegang Lesen L
  3. Pemegang lessen penuh yang kurang daripada 2 tahun
  4. Semua yang di atas

  • Apakah itu MotorTakaful.com?

Motor takaful adalah pelan perlindungan yang melindungi anda daripada kerugian atau kerosakan kepada kenderaan anda yang disebabkan oleh kemalangan, kecurian atau kebakarang yang tidak disengajakan.

Berpandukan kepada prinsip takaful, sejumlah wang akan disumbangkan kepada satu tabung am dalam bentuk sumbangan bersama (tabarru’) dan melaksanakan perjanjian (aqad). Anda kemudiannya berhak ke atas sebahagian daripada lebihan wang di dalam tabung (sekiranya ada) jikalau tiada tuntutan yang dibuat di dalam tempoh perlindungan takaful anda.

  • Apakah prinsip-prinsip sebenar Takaful?

Pemegang-pemegang sijil bekerjasama diantara satu sama lain untuk kebaikan bersama.Setiap pemegang sijil melakukan sumbangan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. Kerugian dan liabiliti akan dibahagikan mengikut sistem pengumpulan komuniti.

Unsur ketidakpastian dapat dihapuskan dengan adanya konsep langganan dan pampasan.

  • Apakah perbezaan di antara Takaful dan Insurans Konvensional?

Walaupun matlamat utama insurans dan takaful adalah hampir sama (untuk menyediakan bantuan kewangan terhadap risiko seperti kemalangan), masih terdapat beberapa perbezaan kecil tetapi penting diantara keduanya. Dalam pada insurans konvensional ditadbir untuk pertimbangan komersial, sistem takaful pula adalah berdasarkan kepada konsep kerjasama dan tanggungjawab bersama.

Ditadbir oleh Majlis Penasihat Shariah, takaful dimestikan untuk patuh kepada beberapa prinsip Islam - yang paling penting ialah ianya mestilah bersih daripada unsur unsur gharar (ketidakpastian) dari segi sumbangan dan perlindungan, maisir (judi) dan riba (faedah).

  • Bagaimanakah saya mendapatkan perlindungan sekiranya kereta saya disenaraihitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?

Sekiranya kenderaan anda di senarai hitam oleh JPJ, sila hubungi mereka untuk menyelesaikan sebarang saman atau denda yang tertunggak.

  • Apakah maklumat yang diberikan kepada JPJ bagi pengesahan untuk proses pembaharuan?

Nombor enjin dan casis bagi kenderaan yang mahu dilindungi, termasuk nombor kad pengenalan baru (atau lama) pemunya kereta dan tarikh tamat lindungan.

  • Apakah yang akan terjadi sekiranya maklumat yang diberikan kepada MotorTakaful.com tidak betul?

Sistem MotorTakaful.com akan melakukan pengesahan terus dengan sistem JPJ; bermaksud sebarang maklumat yang tidak betul akan diberitahu kepada anda dengan serta-merta.

  • Berapa lamakah masa yang diambil untuk mengesahkan maklumat saya?

MotorTakaful.com Cuma akan mengambil dalam 3 ke 5 minit untuk memproses permohonan anda.

  • Bagaimanakah caranya untuk membuat tuntutan tanpa memberi kesan kepada Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) saya?

Satu-satunya masa di mana NCD tidak akan terkesan sekiranya tuntutan dibuat adalah apabila anda mempunyai bukti yang tidak dapat disangkal yang menunjukkan bahawasanya pemandu lain (pihak ketiga) yang terlibat di dalam kemalangan bersalah.

Pastikan yang:

  • Anda melakukan laporan polis dan setiap mereka yang terlibat di dalam kemalangan juga melakukan yang sama.
  • Sila isi borang tuntutan di MotorTakaful.com.
  • Laporan polis anda tertulis bahawasanya pihak ketiga yang bersalah.
  • Kumpul segala maklumat pihak ketiga - nama, nombor Kad Pengenalan, maklumat perlindungan kereta dan maklumat kenderaan.

Tuntutan tanpa memberi kesan kepada NCD tidak tertakhluk kepada situasi yang berikut:

  • Kemalangan melibatkan kenderaan milik kerajaan.
  • Kemalangan melibatkan kenderaan diplomat ataupun kenderaan warga asing.
  • Kemalangan melibatkan motosikal.
  • Kemalangan melibatkan kecederaan teruk atau kematian.

  • Adakah saya akan kehilangan NCD sekiranya saya membuat tuntutan?

NCD anda tidak akan hilang sekiranya pemandu lain atau pihak ketiga didapati bersalah. Keputusan muktamad kepada pihak mana yang bersalah adalah berdasarkan kepada bukti daripada penyiasatan pihak polis.

  • Berapa lamakah waktu menunggu sekiranya berlaku kecurian kereta?

Waktu untuk menyelesaikan tuntutan anda bergantung kepada tempoh penyiasatan pihak polis dan juga ajuster bebas yang sah (dilantik oleh Etiqa General Takaful Berhad).

  • Dalam kes kerugian menyeluruh ke atas kenderaan saya, berapakah jumlah pampasan yang akan diberikan?

Jumlah pampasan bergantung kepada nilai pasaran ataupun jumlah lindungan kenderaan anda, yang mana lebih rendah pada masa laporan dibuat.

Contohnya: Sekiranya harga pasaran kenderaan anda ialah RM80,000 dan jumlah nilai lindungan ialah RM70,000, nilai pampasan yang akan diberikan ialah RM70,000.

  • Apakah jenis-jenis tuntutan yang ada jika saya terlibat dalam kemalangan?

Terdapat tiga (3) jenis tuntutan seperti berikut:

  • Pilihan 1 (Kerosakan Sendiri): Tuntutan ke atas sijil perlindungan sendiri. Kesan: Anda akan kehilangan NCD.
  • Pilihan 2 (Tuntutan Pihak Ketiga): Tuntutan ke atas syarikat insurans/takaful pihak ketiga. Kesan: NCD anda tidak akan terjejas. Kelayakan: Apabila dapat dibuktikan bahawa pihak ketiga yang bersalah, dan jika kenderaan yang terlibat bukannya sebuah bas, teksi, motosikal, kenderaan diplomatik, kenderaan yang dimiliki oleh warga asing atau kenderaan milik kerajaan.
  • Pilihan 3 (Kerosakan Sendiri - "Knock for Knock"): Anda membuat tuntutan sama seperti Tuntutan Pihak Ketiga; Kami sebagai pengendali takaful anda akan berkomunikasi dengan syarikat insurans/takaful pihak ketiga. Kesan: NCD anda tidak akan terjejas.

  • Apakah kelebihan membawa kereta anda ke Bengkel Panel Etiqa?

Jika anda memilih bengkel daripada senarai panel kami, anda akan mendapat:

  • Kawalan kualiti yang lebih baik untuk pembaikan.
  • Jaminan alat ganti tulen.
  • Tempoh jaminan lanjutan selama 6 bulan.
  • Perkhidmatan menunda oleh trak tunda kepunyaan bengkel panel sendiri.
  • Standard perkhidmatan yang tinggi. Risiko penipuan yang lebih rendah.

Klik di sini untuk senarai Bengkel Panel.

  • Bagaimanakah caranya untuk saya membuat tuntutan cermin kereta?

Cuma hubungi talian Claims Assist kami di 1-300-88-1007 untuk memulakan proses tuntutan. Kami akan meminta bengkel pakar kami menghubungi anda bagi tindakan selanjutnya.

  • Adakah saya perlu membayar terlebih dahulu?

Tidak. Jika anda menggunakan salah satu bengkel panel kami, bayaran akan dibuat secara terus oleh pihak Etiqa.

  • Apakah yang akan terjadi sekiranya saya telah membaiki/menukar cermin kenderaan saya?

Anda hanya perlu menghantar kepada kami salinan asal bil dan/atau resit daripada bengkel (termasuk gambar sebelum dan selepas pembaikan). Pembayaran balik pampasan kepada anda akan dilakukan selepas kami menerima dan mengesahkan maklumat yang diberikan.

  • Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mempunyai gambar untuk dihantar?

Anda dikehendaki untuk membuat laporan polis dan memberi kami nombor laporan tersebut.

  • Apakah dokumen yang diperlukan semasa membuat tuntutan?

Tiada dokumen yang diperlukan. Kami akan berurusan dengan bengkel secara langsung.

  • Apakah yang akan terjadi kepada perlindungan cermin kereta saya sesudah membuat tuntutan?

Cermin kenderaan anda akan masih dilindungi sekiranya hanya kerja pembaikan yang dilakukan - tetapi dengan nilai lindungan yang lebih rendah. Contohnya, jika nilai lindungan asal anda ialah RM1,000 dan nilai pembaikan RM250, cermin kereta anda masih akan dilindungi dengan nilai lindungan RM750.

Mulakan dengan MotorTakaful.com
Perbaharui Sekarang
Ditaja jamin oleh Etiqa General Takaful Berhad.
Hak cipta © MotorTakaful 2018.